Penafian visa AS kepada delegasi Palestin bercanggah undang-undang antarabangsa

Penafian visa AS kepada delegasi Palestin bercanggah undang-undang antarabangsa

Ramallah: Kepresidenan Palestin pada Jumaat melahirkan rasa kesal dan terkejut terhadap keputusan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) yang tidak memberikan visa kepada delegasi Palestin yang dijadual menyertai mesyuarat Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada September ini.

Menurut Agensi Berita Palestin (WAFA), Kepresidenan menegaskan keputusan itu jelas bercanggah dengan undang-undang antarabangsa dan Perjanjian Ibu Pejabat PBB, khususnya memandangkan Palestin ialah anggota pemerhati di PBB.

Ia turut menggesa pentadbiran AS meneliti semula dan membatalkan keputusan itu, sambil menegaskan komitmen penuh Palestin terhadap undang-undang antarabangsa, resolusi PBB dan tanggungjawab ke arah keamanan, sebagaimana yang disampaikan dalam surat Presiden Mahmoud Abbas kepada pemimpin dunia termasuk Presiden AS Donald Trump.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top