Sepanyol: Pelumba Moto3 Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) negara, Khairul Idham Pawi gagal menamatkan perlumbaan selepas terlibat dalam kemalangan pada pusingan ke-21 dalam saingan Grand Prix (GP) Valencia di Litar Ricardo semalam.
Pastinya itu bukanlah yang diharapkan oleh pelumba berkenaan yang kini hanya ada satu lagi peluang untuk membuktikan kewibawaannya di pentas kejohanan dunia yang mana ia perlumbaan terakhir dalam kalendar MotoGP di GP Portugal.
Terdahulu, penganjur MotoGP mengumumkan bahawa musim yang terganggu akibat COVID-19 akan ditamatkan di GP Portugal dekat Portimao dengan saingan akan bermula pada 20 hingga 22 November ini.
Mengakui menggemari Sirkit Antarabangsa Algarve itu dengan litar disifatkan sebagai ‘roller coaster’, Pelumba yang dikenali dengan gelaran Super KIP itu berharap dapat melakukan sesuatu dengan keputusan yang membanggakan.
“Perlumbaan di Valencia amat sukar dan saya tidak mendapat rentak yang terbaik apabila terlibat dengan kemalangan”, katanya.
“Saya tidak putus asa dan akan cuba yang terbaik pada perlumbaan terakhir. Saya akan buktikan sesuatu dan berharap dapat memperbaiki keputusan di Valencia dan menamatkan aksi dengan keputusan yang baik. Saya akan cuba”, tambahnya yang kali terakhir berlumba di Litar Algarve adalah pada tahun 2015 dalam kejuaraan CEV.
Sumber: HM
Akmal Hakim
Sports Desk