Penang Brotherhood mengaum sokong Penang FC

Penang Brotherhood mengaum sokong Penang FC
Kenyataan media dimuat naik Penang Brotherhood di laman sosial.

Kenyataan media dimuat naik Penang Brotherhood di laman sosial.

KUMPULAN penyokong setia Penang FC, Penang Brotherhood menyuarakan sokongan penuh terhadap kenyataan rasmi kelab Penang FC berhubung ‘sikap acuh tak acuh’ Liga Bolasepak Malaysia (MFL) khususnya First Instance Body (FIB), dalam menguruskan kancah Liga Malaysia (Liga-M).

Menerusi hantaran di laman sosial rasmi mereka yang diikuti 108,000 pengikut, Penang Brotherhood menyifatkan tindakan MFL yang berulang kali melakukan kesilapan sebagai ‘seperti seekor tikus yang cuba membaiki labu’, menggambarkan usaha yang sia-sia dan tidak efektif.

Malah mereka turut kecewa apabila mendakwa MFL menjadikan pasukan-pasukan Liga-M sebagai ‘tikus makmal’ dengan dasar Piala MFL yang timbul tenggelam serta penjadualan liga yang tidak menentu dan menyusahkan.

Penurunan drastik jumlah penyokong yang hadir ke stadium akibat jadual yang berterabur jelas membuktikan bahawa ‘penyokong kini sudah muak’ dengan cara pengendalian liga oleh pengendali liga itu.

Malah dakwa Penang Brotherhood, konsep ‘Financial Fair Play’ (FFP) yang dicanangkan oleh MFL dianggap sebagai ‘cakap kosong’ semata-mata kerana kegagalan badan pengelola liga itu untuk melaksanakannya sehingga kini.

Penang Brotherhood menyokong teguran Penang FC terhadap pengelola Liga-M.

Penang Brotherhood menyokong teguran Penang FC terhadap pengelola Liga-M.

Penang Brotherhood menegaskan bahawa sudah tiba masanya pengendali liga itu ‘diperbaiki’ secara menyeluruh demi kesinambungan ekosistem Liga-M yang lebih baik dan profesional.

INFO

‘Financial Fair Play’ (FFP) adalah satu mekanisme kawalan ke atas perbelanjaan kelab pasukan untuk memastikan akaun mereka kekal sihat daripada hutang melampau.

Scroll to Top