Pengajaran berguna buat Harimau Muda

Pengajaran berguna buat Harimau Muda

Pemain negara, Mukhairi Ajmal (depan) cuba melepasi kawalan pemain China dalam aksi persahabatan di Shanghai pada Selasa. – Foto FB FAM

SKUAD Bawah 23 tahun (B-23) negara memperoleh pengalaman berharga pada dua perlawanan pemanas badan di Shanghai menentang pasukan B-23 China dalam tempoh tiga hari.

Jurulatih Harimau Muda, Juan Torres Garrido berkata, situasi kedua-dua perlawanan adalah berbeza kerana barisan kejurulatihan memberi peluang lebih ramai pemain beraksi.

“Pengalaman berguna buat para pemain. Ada peningkatan prestasi dalam kalangan pemain, namun masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki.

“Apa pun pemain sudah berikan yang terbaik buat pasukan mengikut perancangan yang dibuat sebelum perlawanan,” katanya.

Scroll to Top