Setiap wanita pasti mahu tampil cantik di hari bahagia mereka. Tidak kiralah usia tua ataupun muda, penampilan tetap harus dijaga lebih-lebih lagi untuk keyakinan diri sendiri.
Jadi, menerusi perkongsian seorang jurusolek atau mak andam perkahwinan dikenali sebagai Erma Tahir, dia telah berkongsi satu video seorang pengantin yang didandannya sewaktu majlis perkahwinan.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah kepakaran Erma Tahir menyolek mempelai wanita sehingga terlihat seri seorang pengantin. Sekali pandang pasti tidak ada yang menyedari bahawa mempelai sudah pun berusia 60 tahun.
@ermatahir Alhamdulilah dipermudahkan urusan🥰 Selamat pengantin Baru Pengantin 1st impression berseri di hari bahgia #makeupbyermatahir #wedding #busana
Dalam kapsyen yang disertakan di video tersebut, pada awalnya pengantin perempuan sempat bertanya sama ada bolehkah Erma Tahir mendandankannya supaya terlihat bersri-seri di hari bahagia memandangkan sudah berusia 60 tahun.
Namun, Erma menyakinkan mempelai dengan berjanji untuk melakukan yang terbaik. Ternyata hasilnya sangat memukau.
Perkara tersebut telah menjadi bualan warganet yang rata-rata memuji penampilan pengantin perempuan yang terlihat sangat cantik.
Pastinya siapa yang tidak mengenali akan menganggap mempelai baru berusia 20 atau 30an.
Sumber: TikTok @ermatahir