Pengantin jodoh sekampung malu2 pegang tangan, baju ‘simple’ pula jadi perhatian

Pengantin jodoh sekampung malu2 pegang tangan, baju ‘simple’ pula jadi perhatian

Trend mengadakan majlis perkahwinan secara simple ketika ini sudah mula dilazimkan oleh sesetengah anak muda susulan prosedur operasi standard (SOP) yang masih lagi berlangsung.

Walau bagaimanapun, ia tidak menghalang ahli keluarga untuk tetap membuat majlis kenduri bagi meraikan pengantin yang sudah selamat bernikah.

Hal ini samalah seperti perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @norsyuhadaalias apabila memuat naik video pasangan pengantin yang diraikan dalam majlis kenduri mereka.

Dalam posting berkenaan, dapat dilihat mempelai masih malu-malu untuk memegang tangan pasangan. Menurut pengguna TikTok itu lagi, mempelai merupakan rakan sekampung dan sudah kenal sejak kecil lagi.

@norsyuhadaalias

tahniah bt kdua pasangan…mlu2 pngntin pn kawen skampung ja…smoga brbhgia hingga akhir hayat ..🥰😍

♬ original sound – Muhd Arash – ArashAmer

Namun begitu, apa yang menjadi perhatian ramai adalah pakaian mereka yang terlihat sangat simple tanpa sarat dengan perhiasan seperti pengantin-pengantin secara lazimnya.

Pengantin lelaki sempoi mengenakan baju kemeja berwarna hitam dan sedondon dengan isterinya yang menggayakan baju kurung Pahang berwarna sama.

Walaupun tanpa pakaian bak raja sehari, aura pengantin mereka masih terserlah dengan masing-masing kelihatan sweet bergandingan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut terhibur melihat pengantin lelaki yang lebih malu berbanding pasangannya.

Warganet juga sempat memuji penampilan pasangan itu yang sangat sederhana tanpa berdandan berlebihan di majlis kenduri perkahwinan mereka.

 

Sumber: TikTok @norsyuhadaalias

 

Scroll to Top