Pengantin palsu bersiri ‘tumpas’ sebelum perkahwinan kelapan

Pengantin palsu bersiri ‘tumpas’ sebelum perkahwinan kelapan
Penipuan seorang wanita berusia dalam lingkungan 30-an yang digelar sebagai pengantin palsu bersiri akhirnya terbongkar sebelum dia sempat melangsungkan perkahwinan kelapan.

Penipuan seorang wanita berusia dalam lingkungan 30-an yang digelar sebagai pengantin palsu bersiri akhirnya terbongkar sebelum dia sempat melangsungkan perkahwinan kelapan.

THIRUVANANTHAPURAM – Penipuan seorang wanita berusia dalam lingkungan 30-an yang digelar sebagai pengantin palsu bersiri akhirnya terbongkar sebelum dia sempat melangsungkan perkahwinan kelapan.

Reshma Chandrasekeran diberkas oleh polis Aryanadu di daerah Thiruvananthapuram, Kerala, India ketika sedang membuat persiapan untuk berkahwin.

Aduan dibuat oleh bakal suaminya dari Pothencode selepas dia berasa curiga dengan gerak-geri wanita itu.

Individu berkenaan mendakwa mengenali Reshma melalui sebuah laman web perkahwinan pada bulan lalu.

“Dia diperkenalkan oleh orang tengah dan mereka kemudiannya bertemu di sebuah pusat beli-belah di Kottayam, di mana wanita itu mendedahkan bahawa dia hidup sebatang kara dan tidak mempunyai ramai saudara-mara.

Reshma menghilangkan diri selepas suaminya memberikan mangalsutra. - Foto Agensi

Reshma menghilangkan diri selepas suaminya memberikan mangalsutra. – Foto Agensi

“Reshma memberi alasan bahawa tiada wakil daripada pihaknya akan menghadiri majlis perkahwinan mereka yang dijadualkan pada 6 Jun,” ujar jurucakap polis, sambil menambah bahawa ibu tunggal itu turut mempunyai seorang anak berusia dua tahun.

Bakal suaminya yang tidak berpuas hati bertindak menggeledah beg tangan milik Reshma dan menemui sejumlah dokumen perkahwinan terdahulu.

“Modus operandi Reshma ialah dia akan menghilangkan diri selepas suaminya menyerahkan mangalsutra (rantai simbol perkahwinan), dan kemudian memutuskan hubungan. Kami telah menghubungi beberapa suaminya, dan dia juga didapati merancang dua lagi perkahwinan dalam tempoh dua bulan akan datang,” jelas jurucakap itu lagi. – Agensi

Scroll to Top