Pengarah komersil Chelsea dipecat hantar mesej jelik kepada wanita

LONDON – Chelsea telah memecat pengarah komersil kelab itu Damian Willoughby selepas disyaki menghantar satu mesej jelik kepada seorang wanita yang merupakan ejen kewangan bola sepak.

Willoughby didakwa menghantar mesej jelik dan tidak senonoh  kepada Catalina Kim sebelum menyertai Stamford Bridge Ogos lalu.

Kim telah terlibat dalam urusan pembidaan membeli kelab West London itu pada Mac lalu.

“Chelsea mengesahkan bahawa ia telah menamatkan perkhidmatan Pengarah Komersil Damian Willoughby berkuatkuasa serta-merta.

“Bukti mesej tidak senonoh yang dihantar oleh Willoughby telah diperolehi untuk disiasat lanjut oleh kelab,” kata Chelsea dalam satu kenyataan.

Sementara itu, menurut Chelsea, sikap seumpama sememangnya menjejaskan persekitaran dan budaya kerja korporat yang telah ditetapkan oleh pemilik baharu kelab ini. -BBC Sport