Pengarah Narkotik Indonesia Dipecat Kerana Biarkan Anak Buah Peras Ugut Rakyat Malaysia | Oh! Media

Pengarah Narkotik Indonesia Dipecat Kerana Biarkan Anak Buah Peras Ugut Rakyat Malaysia | Oh! Media

Pengarah Bahagian Narkotik Polda Metro Jaya, Kombes Donald Parlaungan Simanjuntak, dipecat selepas didapati membiarkan anak buahnya melakukan peras ugut terhadap pengunjung konsert Djakarta Warehouse Project (DWP) 2024, termasuk warga Malaysia.

Menurut Trunoyudo Wisnu Andiko, jurucakap Polis Indonesia, Donald gagal bertindak apabila anggotanya menahan pengunjung, termasuk pelancong Malaysia, dan meminta wang untuk membebaskan mereka.

Beliau membiarkan anak buahnya bertindak tanpa kawalan. Ini jelas salah dan beliau sepatutnya menghentikannya.- Ujar Trunoyudo.

RM718,068 dirampas, 45 rakyat Malaysia jadi mangsa

Ketua Bahagian Profesion dan Keselamatan (Propam), Inspektor Jeneral Abdul Karim, mendedahkan sebanyak IDR 2.5 bilion (RM718,068) dirampas dalam kes ini, melibatkan 45 warga Malaysia yang menjadi mangsa. Skandal ini mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan pelancong Malaysia di Indonesia.

BACA: 45 Warga Malaysia Jadi Mangsa Peras Ugut Ketika Konsert DWP Di Indonesia

Akhir-akhir ni, ramai pelancong Malaysia kena pau imigresen dan kastam Indonesia. Imigresen di sana minta tip sebelum cop pasport.- Dedah salah seorang rakyat Malaysia.

#OhmediaNasihat

Buat korang yang merancang untuk melancong ke luar negara, pastikan korang sentiasa berwaspada dan simpan dokumen penting di tempat yang selamat. Jika menghadapi situasi seperti ini, segera laporkan kepada kedutaan Malaysia. Langkah ini penting untuk memastikan keselamatan dan hak korang terjamin sepanjang berada di negara orang.


Scroll to Top