TEHERAN – Keranda Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei bersama empat ahli keluarganya yang gugur syahid ketika perang dilancarkan Amerika Syarikat (AS) bersama Israel pada 28 Februari lalu telah tiba di Kompleks Masjid Imam Khomeini Hosseiniyeh, di ibu kota pada Jumaat.
Ia akan ditempatkan selama tiga hari untuk memberi peluang kepada orang ramai memberi penghormatan terakhir. Kira-kira 20 juta orang termasuk delegasi asing dijangka hadir pada acara rasmi itu yang bermula pada Sabtu.
Upacara perpisahan besar-besaran akan turut diadakan di Qom, Najaf, Karbala dan diakhiri di Mashhad, di mana Ali Khamenei bersama ahli keluarganya akan disemadikan di Makam Imam Reza.
Persiapan bagi urusan pengebumian Ali Khamenei akhirnya dijalankan setelah Iran dan AS bersetuju meredakan konflik selepas ia terpaksa ditangguhkan ketika perang masih sengit.
Tokoh spiritual bagi puak syiah itu terkorban pada usia 86 tahun dalam serangan ganas di Teheran hingga mencetuskan serangan balas agresif Iran yang kemudiannya membawa kepada kekalahan memalukan pihak musuh. – Agensi



