Pengendali baharu Leeds langkah kiri

Pengendali baharu Leeds langkah kiri

LEICESTER: Leeds membuka era baharu selepas ketiadaan Marcelo Bielsa dengan kekalahan 1-0 di tangan Leicester City, namun pengendali baharu, Jesse Marsch menyaksikan beberapa petanda positif daripada pasukan yang dibolosi 20 gol pada bulan lalu.

Penyerang Leicester, Jamie Vardy nyaris menghukum barisan pertahanan Leeds dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL itu, namun mereka tidak dibolosi pada babak pertama buat kali pertamanya sejak Januari.

Leeds juga beroleh beberapa peluang dan memulakan babak kedua dengan baik namun dikecewakan oleh ketangkasan penjaga gol Leicester, Kasper Schmeichel.

Leicester akhirnya memecah kebuntuan menerusi jaringan Harvey Barnes yang menyudahkan hantaran Kelechi Iheanacho.

The Foxes melonjak ke tangga kesepuluh liga, namun kekalahan kelima berturut-turut Leeds menyaksikan mereka hanya dua mata di atas zon penyingkiran.

Mereka juga beraksi lebih permainan berbanding pasukan di zon penyingkiran.

– REUTERS

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top