am@hmetro.com.my
Kota Kinabalu: Reruai Kelab Media Prima menjadi antara tumpuan pengunjung Karnival Jom Heboh (KJH) Sabah bagi mendapatkan pelbagai cenderahati sepanjang tiga hari sejak Jumaat lalu.
Bertempat di Kompleks Sukan Likas, Kelab Media Prima menawarkan jualan pelbagai barangan eksklusif Rangkaian TV Media Prima termasuklah TV3 dan Jom Heboh.
Pengerusi Kelab Media Prima, Khairuzzaman Mohd berkata, antara barangan yang dijual adalah t-shirt, topi, botol air dan payung.
“Sabah merekodkan penjualan tertinggi antara semua tujuh lokasi KJH tahun ini.
“Kita beranggapan kerana rakyat Sabah sudah lama menantikan kemunculan semula KJH di negeri ini ekoran kali terakhir diadakan pada 2019.
“Berbeza dengan lokasi-lokasi lain,kami membawakan barang-barang yang berbeza untuk orang-orang Sabah dan ia adalah terhad,” katanya ketika ditemui di reruai Kelab Media Prima, tapak KJH Sabah, di sini, hari ini.
Sementara itu, Khairuzzaman memaklumkan pihaknya akan meneruskan masa operasi reruai Kelab Media Prima sehingga 9 malam ini.
“Hal ini kerana kita menyasarkan semua barangan yang masih ada ketika ini habis dijual,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
