Pengurus Beri Bayangan Siti Nurhaliza Bakal Perform Di Majlis Fattah & Amira?

Pengurus Beri Bayangan Siti Nurhaliza Bakal Perform Di Majlis Fattah & Amira?

Pengurus kepada pelakon Fattah Amin dikenali sebagai Aca menjadi perhatian apabila tular sesi siaran langsungnya di TikTok.

Menerusi video di TikTok itu, Aca dilihat membaca komen peminat kemudian terkejut apabila menerima gift daripada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

BACA: “Amira Akan Jadi Ibu Tiri Yang Sangat Baik” – Pengurus Fattah

Teruja apabila melihat Siti Nurhaliza berada di siaran langsungnya, Aca sempat berseloroh bertanyakan sama ada Siti ke majlis pernikahan Fattah dan Amira Othman yang bakal berlangsung Ahad ini.

“Ni nikah betul tau, wow! Terima kasih Siti Nurhaliza. Eh, adakah ini TokTi? Ya Allah, TokTi lah… Terima kasih. TokTi sudi ke nak datang nikah ni, atau nak hadir yang resepsi nanti? Tak apa, nanti saya call Kak Rozi,” katanya.

Turut menjadi perhatian apabila Aca seakan memberi bayangan penyanyi nombor satu negara itu mungkin akan membuat persembahan di majlis pasangan itu.

“Ini bukan tipu ya, saya dah tengok profile tu. TokTi nyanyi wedding nanti? Confirm lah. TokTi sangat supportive, beliau punya humble memang tak tahu nak cakap macam mana,” katanya.


Scroll to Top