Pengurus pasukan berbasikal para dirawat di ICU

Pengurus pasukan berbasikal para  dirawat di ICU

Nakhon Ratchasima: Majlis Sukan Negara (MSN) mengesahkan pengurus pasukan berbasikal para negara Mohd Asri Abd Mubin ke Sukan Para Asean (APG) Thailand 2025, kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital di sini selepas difahamkan mengalami strok, semalam.

Ketua Pengarah MSN Jefri Ngadirin berkata Mohd Asri masih berada di bawah pemantauan rapi dan keadaannya setakat ini tidak menunjukkan sebarang perubahan berbanding semalam.

Beliau berkata Mohd Asri masih belum sedarkan diri dan perbincangan telah diadakan antara pihak Institut Sukan Negara (ISN) dan doktor tempatan berkaitan keadaan kesihatan serta rawatan beliau

“Kita akan memastikan keadaan beliau stabil terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat untuk membawa pulang ke tanah air. Segala urusan kebajikan akan diuruskan MSN dan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM).

“Anak beliau juga telah diterbangkan dari Kuantan bagi membantu urusan di sini,” katanya pada sidang media rangkuman prestasi atlet APG 2025, di sini hari ini.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari berharap semua pihak dapat mendoakan kesembuhan Mohd Asri.

APG Thailand 2025 yang bermula Selasa lepas, melabuhkan tirai hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top