Pengurusan Masjid At-Taqwa TTDI santuni ibu bapa lelaki terbabit kekecohan esok – Fahmi

Pengurusan Masjid At-Taqwa TTDI santuni ibu bapa lelaki terbabit kekecohan esok – Fahmi

Kuala Lumpur: Pengurusan Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail (TTDI) akan menyantuni keluarga lelaki yang mengganggu jemaah dalam insiden yang berlaku pada Rabu lalu, esok.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang berkesempatan menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut hari ini, berkata perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Masjid At-Taqwa Datuk Mohd Fadzli Yusof.

“Ibu bapa lelaki itu juga bersetuju untuk berjumpa dengan pihak masjid esok.

“Pada masa yang sama, jemaah yang terbabit dalam insiden itu meminta maaf kepada pihak masjid setelah mengetahui situasi sebenar,” katanya dalam catatan di Facebook.

Fahmi berkata, Mohd Fadzli telah memberikan nasihat kepada jemaah supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau kenyataan mengenai kejadian itu yang boleh menimbulkan syak wasangka dalam kalangan ummah.

Semalam, Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Ku Mashariman Ku Mahmood mengesahkan suspek yang membuat kekecohan termasuk merosakkan televisyen di masjid itu, mengalami masalah mental sejak April 2022.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top