am@hmetro.com.my
Bachok: Pengusaha spa yang disimbah asid dalam kejadian di Beris Kubur Besar di sini, selamat menjalani pembedahan kali kedua, hari ini.
Suami mangsa, Muhammad Syahrul Ikhwan Seri Buana, 33 berkata, butiran lanjut mengenai keadaan isterinya, Nor Faziera Muda, 27, belum boleh dikongsikan.
Katanya, setakat ini Nor Faziera masih belum sedarkan diri.
“Dah selamat pembedahan kedua, lima jam juga ni,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Terdahulu, Nor Faziera menjalani pembedahan selama enam jam Ahad lalu, selepas disimbah cecair dipercayai asid oleh tiga suspek berpurdah dan seorang lelaki yang menyamar sebagai pelanggan untuk janji temu urut di kedai spa dan salun milik mangsa.
Kejadian berlaku Sabtu lalu jam 8.30 malam menyebabkan mangsa mengalami lecur lebih 50 peratus di bahagian belakang badan dan tangan kanan.
© New Straits Times Press (M) Bhd




