GEORGE TOWN : Seorang penjenayah maut dalam satu kejadian berbalas tembakan dengan anggota polis di Lintang Bukit Jambul di sini, awal pagi tadi.
Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 4.30 pagi dan suspek pada masa itu dikatakan sedang memandu kereta jenis BMW seorang diri dalam keadaan yang mencurigakan.
Difahamkan, suspek yang juga seorang lelaki warga tempatan itu disyaki terlibat dalam beberapa kes jenayah samun kedai dobi dan jenayah keganasan lain di sekitar negeri ini.
Sementara itu, satu kenyataan media dijangka dikeluarkan oleh Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berhubung kejadian tersebut dalam masa yang terdekat.-UTUSAN




