Hari Guru: 115 pendidik diberi penghormatan baca khutbah Jumaat di Perak

Hari Guru: 115 pendidik diberi penghormatan baca khutbah Jumaat di Perak

Ipoh: Sempena sambutan Hari Guru, seramai 115 pendidik diberi penghormatan menyampaikan khutbah Jumaat di masjid seluruh Perak, esok.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Tan Sri Mohd Annuar Zaini dalam kenyataan hari ini memaklumkan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memperkenankan pembabitan guru-guru itu menjadi khatib sebagai penghargaan atas peranan penting mereka.

“Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri memperakukan nama 115 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Perak untuk diangkat sembah kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak bagi mendapatkan perkenan baginda,” katanya.

Sehubungan itu, Mohd Annuar berkata, Jabatan Agama Islam Perak menyediakan teks khutbah Jumaat bertajuk “Guru Rabbani: Membangun Kemuliaan Insan” bagi tujuan berkenaan.

Minggu lepas, Sultan Nazrin turut memperkenankan golongan belia menyampaikan khutbah Jumaat di masjid seluruh negeri bersempena sambutan Hari Belia Negara hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top