mhafis@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Seramai 13 lelaki disyaki terbabit dalam kejadian rusuhan di hadapan sebuah pusat hiburan di Kepong pada 11 April lalu akan dituduh di mahkamah di sini, esok.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Basri Sagoni berkata, kesemua mereka akan didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan berhubung kejadian merusuh dan mendatangkan cedera parah menggunakan senjata.
Media sebelum ini melaporkan polis menahan 13 lelaki tempatan selepas disyaki terbabit dalam kejadian rusuhan di hadapan pusat hiburan.
Basri dipetik berkata, pihaknya sebelum itu menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 47 tahun yang juga anggota polis pada 8 pagi 12 April.
© New Straits Times Press (M) Bhd




