PRN Johor: Dua Ahli Parlimen jadi calon PH, Dr Maszlee di Puteri Wangsa

PRN Johor: Dua Ahli Parlimen jadi calon PH, Dr Maszlee di Puteri Wangsa

am@hmetro.com.my

Tangkak: Dua Ahli Parlimen menjadi antara 56 calon yang mewakili Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, 11 Julai ini.

Mereka adalah Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat yang dicalonkan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin, manakala Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar di Senggarang.

Sementara itu bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dicalonkan bagi kerusi DUN Puteri Wangsa.

Pengumuman dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga pengerusi PH pada majlis yang berlangsung di Bukit Gambar di sini, malam ini.

Selain itu, dua bekas EXCO Johor iaitu Mohd Khuzzan Abu Bakar (Semerah) dan Dzulkefly Ahmad (Kota Iskandar) dicalonkan semula di kerusi terbabit.

Turut disenaraikan ialah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Faezuddin Puad (Kempas) dan Ketua Penerangan PKR Johor, Mohd Fakharuddin Moslim yang bertanding di Pasir Raja.

Beberapa lagi muka baharu antaranya, Noraziah Yazid di Buloh Kasap; Jalex Lee En Xiang (Pemanis); Tay Yok Jiun (Bekok);Mohd Nor Mohd Yusof (Gambir); Mohd Afif Abd Hamid (Kemelah); Ayna Soraya Badaruddin (Sungai Balang).

Selain itu, Hisyamuddin (Sri Medan); Yong Hu Yi (Yong Peng); Ramli Hamid (Semarang); Ezam Md Taslim (Parit Yaani); Shazwan Dzainal Abidin (Parit Raja) dan Felicia poh Rui Ling (Penggaram).

Calon bertukar DUN pula ialah Elia Nadira Sabudin DUN dari Bukit Pasir ke Tenang, manakala Muhammad Taqiuddin Che Man dari Mahkota ke Maharani.

Penyandang kerusi DUN yang dikekalkan ialah Ee Chin Lin di Tangkak; Ng Yak Howe (Bentayan) dan Ir Nazri Abdul Rahman di Simpang Jeram.

Lain-lain calon diumumkan Anwar antaranya, Danish Hossman Abd Rahman (Johor Lama); Mohd Sawaludin Salleh (Penawar); Faizul Abdul Ghani (Tanjung Surat); Nor Zulaila Abd Ghani (Tiram); Lee Wern Yiing (Johor Jaya) dan Teo Siew Hui (Permas).

Senarai lengkap calon PH bagi PRN Johor ke-16

N.01: Buloh Kasap – Noraziah Mohd Razit

N.02: Jementah – Ng Kor Sim

N.03: Pemanis – Jalex Lee En Xiang

N.04: Kemelah – Mohd Afif Abd Hamid

N.05: Tenang – Elia Nadira Sabudin

N.06: Bekok – Tay Yok Jiuen

N.07: Bukit Kepong – C. Subramani

N.08: Bukit Pasir – Muhd Najib Lep

N.09: Gambir – Mohd Nor Mohd Yusof

N.10: Tangkak – Ee Chin Li

N.11: Serom – Ahmad Nazari Abd Hamid

N.12: Bentayan – Ng Yak Howe

N.13: Simpang Jeram – Nazri Abd Rahman

N.14: Bukit Naning – Md Ysahrudin Kusni

N.15: Maharani – Muhammad Taqiuddin

N.16: Sungai Balang – Ayna Soraya Badaruddin

N.17: Semerah – Mohd Khuzzan Abu Bakar

N.18: Sri Medan – Cikgu Hishamuddin

N.19: Yong Peng – Yong Hui Yi

N.20: Semarang – Ramli Abd Hamid

N.21: Parit Yaani – Md Ezam Md Taslim

N.22: Parit Raja – Shazwan Dzainal Abidin

N.23: Penggaram – Felicia Poh Rui Ling

N.24: Senggarang – Onn Abu Bakar

N.25: Rengit – Mohamad Yazid Bakri

N.26: Machap – Nor Hafiz Roslan

N.27: Layang-Layang – Guna Balakrishnan

N.28: Mengkibol – Chu Poh Yee

N.29: Mahkota – Ahmad Zuhan Md Zain

N.30: Paloh – Dr Ruben Arumungum

N.31: Kahang – Mohd Sabri Abd Kadir

N.32: Endau – Saiful Nizam Samad

N.33: Tenggaroh – Md Yusof Dawam

N.34: Panti – Ahmad Daniel Sharudin

N.35: Pasir Raja – Mohd Fakharuddin Moslim

N.36: Sedili – Amirul Husni Onn

N.37: Johor Lama – Danish Hossman Abd Rahman

N.38: Penawar – Mohd Sawaludin Salleh

N.39: Tanjung Surat – Faizul Abdul Ghani

N.40: Tiram – Nor Zulaila Abd Ghani

N.41: Puteri Wangsa – Dr Maszlee Malik

N.42: Johor Jaya – Lee Wern Yiing

N.43: Permas – Teo Siew Hui

N.44: Larkin – Suhaizan Kaiat

N.45: Stulang – Cheng Kah Eng

N.46: Perling – Alan Tee Boon Tsong

N.47: Kempas – Muhammad Faezuddin Mohd Puad

N.48: Skudai – Kartiyaini Jeyapalan

N.49: Kota Iskandar – Dzulkefly Ahmad

N.50: Bukit Permai – Mohamad Shafwan Ani

N.51: Bukit Batu – Chiong Sen Sern

N.52: Senai – Wong Bor Yang

N.53: Benut – Abd Razak Ismail

N.54: Pulai Sebatang – Haniff @ Ghazali Hosman

N.55: Pekas Nanas – Yeo Tung Siong

N.56: Kukup – Cheah Chee Hong

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top