Pensyarah hina pelajar B40, MPP UiTM gesa pihak pengurusan universiti, KPT ambil tindakan tegas

Pensyarah hina pelajar B40, MPP UiTM gesa pihak pengurusan universiti, KPT ambil tindakan tegas

Sejak semalam, tular di media sosial berkenaan video rakaman seorang pensyarah memarahi pelajarnya menerusi kelas atas talian sehingga membuatkan ramai tidak berpuas hati.

Mana tidaknya, tindakan salah seorang pelajar menjawab soalan yang dikemukan, secara tiba-tiba diajukan  dengan soalan yang tiada kaitan, iaitu perihal peranti yang digunakan.

Bagaimanapun, pelajar itu menjelaskan bahawa dia tidak  mempunyai komputer riba dan ibunya sudah meninggal dunia serta ayahnya tidak mempunyai kerja.

 

Susulan daripada penularan video itu, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara (UiTM) menerusi satu kenyataan mendesak pihak pengurusan tertinggi universiti untuk membuat siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada pensyarah berkenaan.

Bukan itu saja, persatuan pelajar, Majlis Pimpinan Pusat Mahasiswa Keadilan turut tampil memberikan kenyataan isu tersebut.

Melihat kepada kenyataan yang dikeluarkan, pihak Mahasiswa Keadilan menyeru Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk menjalankan siasatan tindakan tataterbit terhadap ahli akademik, Profesor Dr. TS Roshana Takim atas tindakan mencela seorang pelajar.

Penularan video itu telah menjadi bualan warganet dengan mengatakan niat yang dilakukan oleh pensyarah itu tidak menghalalkan cara mendidik.

Bukan itu saja, bahkan tindakan itu dikatakan memalukan kredibiliti seorang pensyarah dan universiti.

 

Diharapkan isu ini dapat diselesaikan dengan segera agar nama universiti tersebut dapat dibersihkan.

Sumber: Facebook Azman Naim , Rasydan Hassan

Scroll to Top