“Penuhi Jiwa Dengan Kasih Sayang, Sebab Kita Belum Tahu Takdir Esok” – Fazura

“Penuhi Jiwa Dengan Kasih Sayang, Sebab Kita Belum Tahu Takdir Esok” – Fazura

Selebriti popular, Nur Fazura berkongsi kata-kata positif apabila mengajak orang ramai untuk mengisi jiwa dengan kasih sayang dalam apa juga situasi.

Menurut Fazura menerusi hantaran di Threads, sebagai manusia kita tidak pernah mengetahui apa yang akan berlaku pada masa hadapan sekali gus adalah penting untuk semua pihak terus berfikiran positif dan berserah kepada ketentuan Ilahi.

“Sesungguhnya kita belum tahu takdir esok namun, saya harap kita terus pilih untuk penuhi jiwa dengan kasih sayang.

“Ketenangan serta kayakinan dengan aturan Allah SWT dalam semua yang kita lalui saat ini dan di hari-hari yang mendatang. Yakin aturan Allah SWT yang terbaik, mudah-mudahan,” katanya.

Dalam pada itu, Fazura turut menzahirkan penghargaan kepada peminat yang tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan dirinya dan anak tersayang.

“Terima kasih buat darlings semua yang sentiasa doakan Faz dan Fatima. Sending you my unconditional love and always,” jelasnya.

Artikel Berkaitan: DJ Sonic Dedah Dapat Banyak ‘Surat Layang’ Sepanjang Pertahankan Nur Fazura – “Mereka Mahu Jatuhkan Saya”

Artikel Berkaitan:“She Is Not An Object, She Is My Child!” – Fazura Luah Rasa Kecewa

Artikel Berkaitan:DJ Sonic Gembira Ramai Titip Doa & Kata Semangat Buat Fazura – “Disaat Itu Kita Tahu Siapa Kawan, Siapa Lawan”

Artikel Berkaitan:“Perintah Hak Lawatan Anak Dilanggar Sebanyak 6 Kali, Bakal Fail Semula Permohonan Prosiding Komital Terhadap Fazura” – Peguam Fattah Amin

Artikel Berkaitan:Isu Hak Lawatan Fatima, Mahkamah Tolak Permohonan Fattah Amin – “Tak Ada Sebab Kenakan Tindakan Pada Fazura”

Scroll to Top