Pernah Beri Bayangan Punca Bercerai Dengan Que Haidar, Ini Respon Terbaru Linda Jasmine! | Trending – Oh! Media

Pernah Beri Bayangan Punca Bercerai Dengan Que Haidar, Ini Respon Terbaru Linda Jasmine! | Trending – Oh! Media

Trending

Linda Jasmine kunci mulut isu cerai dengan Que Haidar, pilih fokus program TTMM2 bersama anak.


Selepas mencetuskan spekulasi mengenai perpisahannya dengan bekas suami, Que Haidar, guru tari profesional, Linda Jasmine kini memilih untuk tidak lagi mengulas lanjut mengenai isu tersebut.

Menurut laporan mStar, Linda berkata dia mahu memberi fokus sepenuhnya kepada penyertaannya dalam program Talk To My Manager 2 bersama anaknya, Tengku Ratu Haidar.

Tak apa, tak ada komen apa-apa. Just pasal Talk To My Manager saja.

Respon Linda Jasmine bila ditanya tentang bekas suami

Que Haidar

Ketika ditemui selepas konsert minggu pertama TTMM2 di Auditorium MBSA, Linda tetap dengan pendiriannya untuk tidak membuka cerita lama.

Malah, apabila ditanya sama ada Que hadir memberi sokongan kepada anak mereka, jawapannya masih sama.

Saya tak tahu, no comment.

Pernah beri bayangan demi lindungi anak

Adik Que Haidar

Sebelum ini, Linda pernah memberi bayangan bahawa keputusan bercerai dibuat demi melindungi dua anak perempuan mereka daripada perkara tidak baik.

Untuk rekod, Linda dan Que mendirikan rumah tangga pada tahun 2009 sebelum sah bercerai pada Julai 2024. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Tengku Ratu Haidar dan Tengku Cleopatra Haidar.

Pssttt! Tidak semua perkara perlu dikongsi kepada umum. Kadang diam itu lebih baik, terutama bila melibatkan keluarga dan anak-anak.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top