Penulis lirik Indonesia ajak Cakra Khan buat lagu dari cerita Puteri Sarah

Penulis lirik Indonesia ajak Cakra Khan buat lagu dari cerita Puteri Sarah

Kehadiran pelakon, Puteri Sarah Liyana ke konsert penyanyi popular Indonesia, Cakra Khan Jumaat lalu di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur telah menggamatkan satu dewan apabila kamera menghala ke arahnya sewaktu lagu Hal Hebat didendangkan.

Momen tersebut membuatkan ramai terasa sebak kerana mengetahui kisah perkahwinan Puteri Sarah yang sedang dilanda masalah ketika ini.

Disebabkan itu, menerusi perkongsian di Instagram, pelakon drama Sabarlah Duhai Hati berkenaan telah memuat naik momen tersebut dan secara berseloroh mengajak Cakra Khan dan kumpulan Govinda untuk bekerjasama bagi menghasilkan sebuah karya bersama.

Ternyata, ajakan tersebut telah disambut oleh penulis lirik lagu Hal Hebat itu yang juga merupakan gitaris dari Kumpulan Govinda.

Menurut Ade Govinda menerusi ruangan komen, dia dengan senang hati bersedia bagi berkolaborasi dan berharap perkara itu berlaku dengan segera.

Selain itu, penulis lirik Indonesia itu juga menerima mesej yang dihantar menerusi direct message (DM) oleh warganet Malaysia yang memberi cadangan supaya membuat lagu berdasarkan kisah Puteri Sarah.

Warganet berkenaan yakin bahawa lagu tersebut pasti akan mendapat sambutan hebat di Malaysia nanti.

Perkongsian tersebut telah disetujui oleh Puteri Sarah dan berharap dapat bertemu untuk merealisasikan perkara itu selepas dia pulang dari mengerjakan ibadah umrah tidak lama lagi.

Difahamkan, isteri kepada pengarah tersohor, Syamsul Yusof telah hadir bersama rakan-rakan dan ahli keluarganya menyaksikan konsert Cakra Khan yang berlangsung pada 21 Disember 2023 di Kuala Lumpur.

Reaksi wajahnya berjaya disorot kamera sewaktu Cakra Khan bersama Govinda membawakal lagu Hal Hebat yang cukup dikatakan hampir sama dengan perjalanan kehidupan Puteri Sarah.

Sumber: Instagram Puteri Sarah Liyana, Ade Govinda

Scroll to Top