Para penumpang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam perjalanan Kelantan-Gemas mengalami detik cemas apabila kepala koc keretapi yang mereka naiki tiba-tba sahaja terbakar.
Hal tersebut dikongsikan seorang penumpang keretapi dikenali sebagai @norfasinarahmat_ di aplikasi TikTok.
Menurut wanita itu, mereka semua telah terkandas di sebuah hutan dan diminta untuk turun dalam suasana gelap kerana bimbang kejadian yang lebih teruk terjadi.
@norfasarinarahmat_ Keretapi kelantan ke gemas, doakan kami masih sangkut di tengah hutan
Ketika api mulai marak, mereka telah diarahkan turun dari gerabak di tengah-tengah hutan kerana cubaan memadamkan api masih belum berjaya.
Walau bagaimanapun, sekitar jam 2.47 pagi, para penumpang telah dibawa berpaah balik ke Pasir Mas dan masing-masing sudah meneruskan perjalanan semula dalam keadaan selamat.

Susulan daripada perkongsian tersebut, rata-rata warganet yang melihat posting yang dibuat wanita itu telah mendoakan agar mereka semua berada dalam keadaan selamat serta segala urusan dipermudah.
Ada juga daripada mereka yang berkongsi cerita tentang pengalaman sama apabila menghadapi situasi panik berkaitan masalah yang dihadapi ketika menaiki keretapi.



Sumber; TikTok @norfasinarahmat_




