am@hmetro.com.my
Kangar: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menguatkuasakan Akta Pekerja Gig 2025 bermula 31 Mac lalu, yang mewajibkan penyedia platform gig memastikan semua pekerja mendaftar dan mencarum di bawah agensi itu.
Pengarah PERKESO Perlis, Ahmad Firdaus Hashim berkata, penyedia platform perkhidmatan diwajibkan melaksanakan integrasi data bagi memudahkan pihaknya berkenaan mengesan status pekerja yang sah.
Beliau berkata, langkah integrasi data itu sangat penting bagi melancarkan proses penyaluran bantuan sekiranya pekerja terbabit ditimpa sebarang kemalangan.
“Mulai tarikh itu, perlindungan sudah bermula. Apabila wujud integrasi data ini, kita dapat memastikan semua maklumat di setiap platform diselaraskan dan pastikan caruman itu dibuat,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Ahmad Firdaus berkata, 5,044 individu yang bekerja sendiri meliputi 20 sektor mencarum di bawah PERKESO sepanjang tahun lalu di Perlis.
Katanya, daripada jumlah itu, seramai 385 individu adalah golongan pekerja gig yang terbabit dalam sektor pengangkutan penumpang, barangan dan makanan.
© New Straits Times Press (M) Bhd




