Madrid: Polis di Sepanyol mengesahkan menahan penyerang Valencia, Rafa Mir, atas tuduhan serangan seksual.
“Dia sedang ditahan atas dakwaan serangan seksual,” kata seorang jurucakap pasukan polis Civil Guard Sepanyol kepada AFP, tanpa memberikan butiran lanjut.
Radio berita Cadena Ser dan media lain melaporkan bahawa polis menahan pemain Sepanyol berusia 27 tahun itu pada malam Isnin selepas dua wanita melaporkan pemain bola sepak itu dan seorang lelaki lain atas tuduhan serangan seksual.
Kejadian itu didakwa berlaku di rumah penyerang itu, menurut laporan terbabit.
“Kelab menyedari penahanan ini , dengan ketiadaan butiran mengenainya, pada masa ini hanya boleh menyatakan bahawa ia akan bekerjasama dalam segala hal yang mungkin diperlukan oleh pihak keadilan,” kata pasukan La Liga Sepanyol dalam satu kenyataan.
Rafa Mir menyertai Valencia pada bulan Julai secara pinjaman dari kelab Sepanyol Sevilla, yang menandatanganinya untuk enam musim pada tahun 2021.
© New Straits Times Press (M) Bhd




