Penyokong harap Harimau Malaya mengganas malam ini

Penyokong harap  Harimau Malaya mengganas malam ini

sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Peminat setia Harimau Malaya berharap pemain mampu menjelmakan magis dengan jaringan besar dalam aksi terakhir menentang Taiwan untuk menghidupkan peluang ke pusingan seterusnya.

Rata-rata penyokong masih positif selepas melihat barisan kesebelasan yang diturunkan dan yakin mereka boleh melakukan tugas dengan cemerlang.

“Kekalahan terbesar Chinese Taipei (Taiwan) tahun 2019. tewas 0-9 pada Kuwait. Harap magis semua pemain diturunkan pada malam ini bukan permainan cantik perlu dipamerkan tapi finishing yang tepat diperlukan. Semoga berjaya Malaysia,” kata Hafeez Mohammed.

“Misi ‘do or die’ bermula. Ayuh Malaysiaku tiada mustahil dalam bola sepak. Bola itu bulat, berikan dan usahakan yang terbaik. Jika ada rezeki tidak akan ke mana,” kata Su Hairi.

“Lineup ini sedap (terbaik) masa guna lawan kyrzystan. Hopefully boleh perform dengan baik dan mendapat jumlah jaringan besar . Nak dapat 8-0 itu agak mustahil tapi tunjukkan ‘gameplay’ yang menarik Harimau Malaya. Kami Menyokong Dari Belakang,”kata Muhamad Amiruddin.

Sementara itu, ada juga segelintir penyokong mengharapkan pengendali dari Korea Selatan, Kim Pan-gon dapat melakukan pertukaran tepat pada masanya agar ia boleh membantu pasukan menambah tenaga baharu.

“Tengok gaya lebih kurang taktikal haritu, Dion Cool ‘confirm’ tengok gaya jadi ‘free role’ malam ini, pertahanan empat asal masa lawan kyrzystan hari itu. ‘Forward’ saja ada lain sikit. Harap petukaran pemain jangan buat macam hari itu last minit. Good Luck,” kata SuHairi Suhaimie.

“Tolonglah Kim Pan-gon jangan tukar ‘player’ dekat-dekat minit ke-90. Semoga berjaya Harimau Malaya,” kata Mohd Zaihasrul.

“Akhyar Rashid kalau main bateri tahan 60 minit saja. ‘Better’ tukar bagi ‘fresh leg’. Dia pun cukup 60 minit minta ditukar. Jurulatih saja duk tahan-tahan dia lagi (tidak mahu tukar),” kata Hanzlah Othman.

Untuk rekod, skuad kendalian Pan-gon perlu menang sekurang-kurang 8-0 ke atas Taiwan dan berharap Oman menang menentang Kyrgzystan untuk menjadi naib johan Kumpulan D dan layak ke pusingan seterusnya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top