Penyokong Jepun terus kekal berdisiplin

Penyokong Jepun terus kekal berdisiplin

TEXAS: Penyokong Jepun mendapat pujian apabila mengekalkan tradisi murni mereka dengan membersihkan Kawasan tempat duduk mereka sejurus tamat perlawanan mementang Belanda di Stadium Dallas, semalam.

Walaupun dibuai kegembiraan selepas Jepun bangkit dua kali daripada ketinggalan untuk meraih satu mata berharga dalam aksi Kumpulan F, ribuan penyokong mereka tidak melupakan tanggungjawab membersihkan kawasan tempat duduk masing-masing.

Tindakan tersebut bukanlah sesuatu yang baharu kerana ia telah menjadi budaya dalam kalangan penyokong Jepun pada kejohanan antarabangsa.

Penyokong Jepun terus kekal berdisiplin
Gelagat penyokong Jepun ketika membersihkan kawasan tempat duduk mereka. – AFP

Dalam aksi tersebut, Daichi Kamada muncul wira Jepun apabila menjaringkan gol penyamaan selepas pantas mengambil tindakan susulan berpunca daripada tandukan Koki Ogawa pada lewat permainan.

Tradisi pembersihan ini mula menjadi bualan dunia sejak lapan tahun lalu di Piala Dunia Rusia, apabila peminat Jepun tular kerana membersihkan stadium walaupun ketika itu mereka baru sahaja tersingkir dalam perlawanan yang cukup memilukan.

Malah, budaya tersebut diteruskan di Qatar empat tahun kemudian selepas Jepun mengejutkan dunia dengan menumbangkan gergasi Eropah, Jerman dan Sepanyol untuk menjuarai Kumpulan E. – AGENSI

Scroll to Top