Miami: Kylian Mbappe akan mengetuai Perancis dalam aksi penentuan tempat ketiga Piala Dunia menentang England, sebentar lagi, ketika kedua-dua pasukan melakukan rombakan besar dalam kesebelasan utama.
Mbappe yang memakai lilitan kapten berpeluang meraih anugerah Kasut Emas, selain berusaha memintas Lionel Messi sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman Piala Dunia.
Perlawanan itu juga menjadi penampilan terakhir Didier Deschamps sebagai ketua jurulatih Perancis selepas mengemudi Les Bleus selama 14 tahun.
Deschamps membuat beberapa perubahan termasuk mempertaruhkan barisan pertahanan simpanan bagi menghadapi England.
Di kem England pula, pengurus, Thomas Tuchel turut melakukan rombakan apabila meletakkan Jude Bellingham dan Harry Kane di bangku simpanan.
Sekiranya menang, England akan meraih penamat terbaik di Piala Dunia sejak muncul juara pada edisi 1966.
Kesebelasan utama
Perancis: Mike Maignan; Malo Gusto, Ibrahima Konate, Maxence Lacroix, Theo Hernandez; Warren Zaire-Emery, Rayan Cherki, Adrien Rabiot; Michael Olise, Kylian Mbappe (kapten), Desire Doue.
England: Dean Henderson; Jarell Quansah, Ezri Konsa, Marc Guehi, Djed Spence; Eberechi Eze, Morgan Rogers, Declan Rice (kapten); Bukayo Saka, Ivan Toney, Marcus Rashford.
© New Straits Times Press (M) Bhd




