PERISIK perang Pakistan melaporkan bahawa India akan menyerangnya dalam waktu terdekat, dakwa Menteri Informasi dan Penyiaran Pakistan, Attaullah Tarar dikutip dari media Al Jazeera. Namun beliau tidak memberikan informasi konkrit dan pemerintah India tidak memberi reaksi atas dakwaan tersebut.
India dan Pakistan terlibat dalam konfrontasi tentera di rantau Kashmir dan wilayah yang berselisih semakin meningkat dan ketegangan di antara kedua-dua negara sudah menjadi krisis global.
Plot peperangan di antara dua buah negara ini sekian lama, sejak pemisahan wilayah oleh British di India pada tahun 1947 dan penciptaan dominasi India dan Pakistan. Kedua-dua negara telah terlibat dalam beberapa peperangan, konflik dan masing-masing beradu ketenteraan.
Rentetan ketegangan dan konflik bersenjata hingga keganasan merentas sempadan di antara Pakistan-India dalam rekod berpunca kawasan Kashmir kecuali Perang India-Pakistan pada tahun 1971 berpunca kekacauan di Timur Pakistan yang mewujudkan negara Bangladesh.
Pakistan mengancam meluncurkan rudal nuklear secara terbuka terhadap India melalui Menteri Perkeretaapian (sistem lokomotif, sarana, prasarana, sumber daya manusia, norma dan prosedur) Pakistan, Hanif Abbasi jika India terusan memprovokasinya. Ini menimbulkan kekhuatiran semua pihak tentang kestabilan rantau Asia Selatan dan keamanan dunia.
India-Pakistan berperang apabila tentera Udara India melanggar Barisan Kawalan (LOC) di Kashmir. Perbuatan yang dipanggil serangan udara bagi membendung militan yang menyasarkan kem latihan pengganas dan membunuh beberapa askar.
Lanjutan itu India dan Pakistan berbalas tembakan di seberang LOC. Sepuluh tentera India cedera dan empat orang awam Pakistan terbunuh. Hari terakhir, Pakistan melakukan serangan udara di Kashmir di bawah wilayah India tetapi tiada kecederaan atau kerosakan.
Namun Pakistan mendakwa dapat menangkap dua juruterbang selepas menembak jatuh dua jet India yang berlegar di ruang udara Pakistan. India mendakwa hanya satu MiG-21 yang hilang dan menuntut pembebasan juruterbang itu. India juga mendakwa telah menembak seorang warga Pakistan yang menerbangkan F-16, namun dinafikan Pakistan. Pakistan kemudiannya menjelaskan bahawa hanya seorang juruterbang India, Abhinandan Varthaman, ditangkap, dan kemudiannya dibebaskan pada 1 Mac.
Februari 2019, pengeboman kereta bunuh diri oleh seorang militan dari Jammu dan Kashmir membunuh 40 anggota Pasukan Polis Rizab Pusat India di Pulwama. Kumpulan militan yang berpangkalan di Pakistan Jaish-e-Mohammed mengaku bertanggungjawab, sementara kerajaan Pakistan mengutuk serangan itu dan menafikan sebarang penglibatan.
Konflik bersenjata lebih serius apabila berlaku tembakan dan serangan udara di sempadan yang disebabkan serangan pengganas di Pahalgam pada 22 April lalu yang mengorban 26 jiwa, terdiri 25 pelancong India dan seorang warga Nepal. Serangan dilakukan The Resistance Front, iaitu kumpulan proksi laskar e-Taliban yang berpusat di Pakistan.
Media sosial di twitter, TikTok dan semua wadah hastag #IndiaPakistanconflict dan #prayforkashmir trending perlihat keadaan huru-hara, orang awam mencari perlindungan. Beberapa kawasan penduduk terjejas dan korban jiwa masing-masing saling menuduh pihak lawan memulakan serangan.
Warga dunia meminta gencatan senjata kerana jika berlanjutan akan berlaku perang besar yang merugikan meskipun yang menang berada di tampuk tetapi rakyat menderita dan kemusnahan verbal. Warga maya yang mendahulukan keamanan perlu mendoakan dan menghebohkan kesedaran serta mendesak pemimpin dunia mencari konsensus damai kerana keadaan di Pakistan dan India bukan kasus kecil tetapi melibatkan jutaan nyawa manusia.
Sementara India membina tembok sungai atau air ke Pakistan dianggap tindakan perang. Sebelum kejadian sua temu Perdana Menteri, Narendra Modi yang berlangsung di New Delhi tanggal akhir April 2025 telah membuat keputusan menangguhkan perjanjian air yang telah berlangsung selama beberapa dekad, juga menutup sempadan India-Pakistan di wilayahnya malah New Delhi membatasi visa warga Pakistan.
Pakistan membalas terhadap India pascarapat peringkat tinggi Pakistan melalui pejabat Perdana Menteri, Shahbaz Sharif bahawa Pakistan upaya mengalihkan air dari sungai Indus dianggap tindakan perang. Perjanjian air Indus dimeterai Pakistan-India dan disaksikan Bank Dunia pada tahun 1960.
Perjanjian itu tidak pernah urai meskipun kerap terjadi perang tetapi ganggu gugat perjanjian akan memburukkan ketegangan di antara Pakistan-India kerana asas perjanjian, iaitu India menerima air dari sumber Sungai Sudlej, Beaz dan Raffi sementara Pakistan dari Sungai Indus, Jelum dan Chenab.
Menurut pakar kanun antarabangsa, Osma Malik yang berpusat di Pakistan seperti dipetik sumber medsos bahawa perjanjian air Indus merupakan warisan masa lampau yang perlu direkayasa secara signifikan. Perjanjiannya sangat efektif meskipun melalui waktu perang kerana fasal 12 perjanjian menyatakan bahawa penarikan secara bilateral dari perjanjian tidak sah kerana penangguhan sepihak.
Sementara China menyatakan sokongan kepada sekutunya, Pakistan dalam usaha menjaga kedaulatan dan keselamatan Pakistan. Kementerian Luar China, melalui Menteri Luar China, iaitu Wang Yi yang membuat panggilan telefon kepada rakan sejawatnya di Pakistan, Ishaq Dar bahawa China mengikuti rapat situasi pergolakan.
China menyokong Pakistan sebagai rakan strategik membenteras kumpulan pengganas sambil menyeru India-Pakistan menanganinya secara berhemah kerana konflik hanya meluncur pergolakan dan tidak menjamin keamanan serantau.
Pakistan telah siap siaga mengerah angkatan udara untuk menghentikan serangan udara India. Pakistan memiliki 130 kepala ledak nuklear dan berbagai rudal balistik. Sistem pertahanan udara Pakistan dilengkapi sistem jaringan berlapis efektif HQ-9BE, HQ-16 FE, dan FD-2000 di samping sistem lama LY-80 dan FM-90.
Tambahan serangan jarak jauh oleh angkatan Darat Pakistan, iaitu HQ-9P sejak 2021, iaitu sistem yang dibangunkan dan diperluas perusahaan China Precision Machinery Import-Export Corporation China ( CPMIEC) dengan konsensus Moskow jalur S-300 Rusia yang dilengkapi radar phased-array 3D HT-233 suatu sistem yang menjejaki atau meluncur 100 sasaran dan ketepatan menyerang antara 8 hingga 10 sasaran.
Oleh itu, isu politik pencetus utama ketidakstabilan wilayah dan negara. Malah tekanan ekonomi dan persaingan ketenteraan untuk menunjuk kekuatan di samping ingkar perjanjian air bilateral secara sepihak meluncur ketegangan menjadi jalur peperangan yang menyebabkan hilang jiwa dan orang awam menderita sekali gus kerosakan total. – HARAKAHDAILY 5/5/2025

Penulis ialah Psikososio yang juga Pakar Penasihat Wanita Kelantan.
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!









