Sejak debutnya pada tahun 2015, Apple Watch dikenali eksklusif untuk ekosistem Apple saja.
Menurut laporan Amanz, Xiaomi kini dilapor merancang untuk mengubah keadaan ini. Langkah ini mungkin melibatkan sokongan HyperConnect mereka yang sedia ada.
Apple Watch untuk pengguna Xiaomi?
Buat masa ini, HyperConnect oleh Xiaomi membolehkan pemindahan fail pantas, membuka fail Keynote, dan menyiarkan skrin peranti Xiaomi ke MacBook.
Dengan rancangan baru ini, HyperConnect dijangka membolehkan peranti Android seperti Xiaomi untuk menggunakan Apple Watch, AirPods, dan HomePod.
Bagaimana ianya terlaksana?
Walau bagaimanapun, perkara ini masih belum jelas kaedah pelaksanaannya, namun Xiaomi mungkin akan membangunkan aplikasi khusus.
Apa yang penting, mereka perlu mengelakkan pendekatan seperti Nothing, yang menggunakan pelayan pihak ketiga untuk menyambungkan akaun iCloud pengguna dan ianya langkah yang agak berisiko kepada privasi.
Jika Xiaomi berjaya, ini akan menjadi langkah besar dalam menggabungkan antara peranti Apple dan Android.
Pengguna Android pastinya tidak sabar melihat bagaimana Apple Watch boleh menjadi lebih inklusif.
#OhmediaNasihat
Xiaomi mungkin mengubah masa depan ketersambungan teknologi dengan langkah ini. Namun, pengguna harus sentiasa berhati-hati dan memastikan privasi mereka terjaga. Jangan mudah terpengaruh dengan pelbagai inovasi tanpa memahami risikonya terlebih dahulu.