Perbincangan pemansuhan AUKU dibawa ke Jawatankuasa Khas Parlimen hari ini – Zambry

mukhriz.husin@bh.com.my

Kuala Lumpur: Perbincangan mengenai pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 akan dibawa ke Jawatankuasa Khas Parlimen tentang Pembinaan Negara Bangsa, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia (JKPK), hari ini.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, proses itu kini sedang berjalan di mana sesi taklimat mengenai penyediaan akta baharu bagi menggantikan AUKU juga akan disampaikan kepada pihak kumpulan berkepentingan.

Katanya, beliau juga akan menghadiri sesi bersama jawatankuasa berkenaan bagi membentangkan perkembangan berkaitan perkara itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top