Perdana Menteri Puji Langkah Khazanah Nasional Beri Gaji Minimum RM3000 Untuk Pekerja | Oh! Media
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap syarikat swasta akan menjadikan Khazanah Nasional sebagai contoh dengan menetapkan gaji minimum RM3,000 kepada pekerja.
Sebab itu saya ucapkan tahniah setinggi-tingginya kepada Khazanah kerana inilah satu badan yang menetapkan gaji minima bagi setiap pekerja dalam keluarga Khazanah RM3000 lebih.
Selain itu, PMX juga memfokus nasib mana-mana pekerja yang dianggap penting selepas mengambil kira keuntungan syarikat.
Kesimpulannya, ramai yang salah faham dengan kenyataan dari PMX. Beliau tidak menggesa dan hanya ingin syarikat-syarikat besar swasta di luar sana mengikuti jejak langkah Khazanah Nasional Berhad.