Pergi Di Usia 47… Along Eyzendy Meninggal Dunia Selepas 3 Hari Bertarung Nyawa Di ICU

Pergi Di Usia 47… Along Eyzendy Meninggal Dunia Selepas 3 Hari Bertarung Nyawa Di ICU

Pelakon, Along Eyzendy meninggal dunia di Hospital Sultan Idris Shah Serdang, Selangor pada jam 12:16 pagi tadi selepas tiga hari bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Memetik laporan mstar, isteri Allahyarham Along, Hamidah Mohd Yatim mengesahkan pelakon berusia 47 tahun itu menghembuskan nafas terakhir disamping keluarga.

Along atau nama sebenarnya, Mohd Eyzendy Mohd sebelum ini dimasukkan ke hospital sejak minggu lalu selepas mengalami demam serta batuk berpanjangan.

Hasil pemeriksaan lanjut, doktor mengesyaki terdapat jangkitan pada stent di saluran hempedunya.

Hamidah turut menjelaskan keputusan imbasan ultrabunyi mendapati terdapat bengkak serta takungan nanah pada pundi hempedu suaminya, sekali gus menjadi punca kepada komplikasi yang dialami.

Keadaan Along menjadi semakin kritikal sehingga terpaksa ditidurkan, selain orang dalamannya sudah tidak kuat.

Scroll to Top