“Pergi Jujur Kat Wife Kau, Sampai Bila Pula Hidup Aku Nak Jadi Simpanan?” – Luah Rasa Berang, Fyna Jebat Tuju Kepada Siapa Tu?

“Pergi Jujur Kat Wife Kau, Sampai Bila Pula Hidup Aku Nak Jadi Simpanan?” – Luah Rasa Berang, Fyna Jebat Tuju Kepada Siapa Tu?

Penyanyi, Fyna Jebat mencuri tumpuan apabila melepaskan kemarahan terhadap seorang individu yang didakwa sudah lama membuat tindakan dipercayai melampaui batas sehingga meninggalkan kesan mendalam dalam hidupnya.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Fyna atau nama sebenarnya Nur Shafinaz Jebat mendakwa dirinya ‘disimpan’ selama empat tahun oleh seorang individu.

Meskipun tidak mendedahkan identiti individu tersebut, namun Fyna mendakwa dia dan anaknya berusia dua tahun menjadi mangsa terhadap segala perbuatan.

“Aku rasa lama dah aku diam. Kawan aku call nak bagi duit raya pun kau boleh meroyan sampai campak telefon aku?

“Terpaling tersakiti kau ya? Kemain kalau gaduh cakap nak ‘fight’. Habis tu nak aku buka buku kau ke?

“Kau salah orang nak lawan. Empat tahun simpan aku, kau fikir balik apa kau dah buat pada aku dan anak aku sampai dia dah nak masuk dua tahun,” luahnya.

Fyna turut menegaskan dia tidak lagi mahu berdiam diri dan memilih untuk membawa perkara itu ke undang-undang.

“Macam kau tiada kawan perempuan, macam kau terpaling suci. Kalau rasa suci sangat, pergi jujur dengan isteri kau. Sampai bila hidup aku nak jadi simpanan?

“Sampai anak aku 20 tahun baru nak berhenti simpan aku? Kali ini memang tak ada muka dah untuk kau.

“Jumpa di mahkamah bulan empat nanti. Jangan rasa terpaling suci sampai lupa adil,” katanya tegas.

Scroll to Top