Istanbul: Perikatan pimpinan Arab Saudi di Yaman memaklumkan pada Sabtu bahawa pasukannya sudah memintas dan memusnahkan empat dron, lapor Anadolu Ajansi.
“Kami sudah memintas dan memusnahkan empat dron dalam tempoh beberapa jam lepas di wilayah Riyadh, Timur dan Selatan,” kata jurucakap Turki al-Maliki menerusi hantaran di platform media sosial X.
Tiada butiran lanjut dimaklumkan setakat ini.
Yaman kian terjerumus dalam konflik sejak Kumpulan Houthi menawan ibu negara Yaman, Sanaa serta beberapa wilayah lain pada 2014.
Keadaan itu mendorong pakatan yang dipimpin Arab Saudi campur tangan pada 2015 bagi menyokong kerajaan yang diiktiraf antarabangsa.
Pertempuran semakin memuncak sejak Julai dan merebak ke negara jiran Arab Saudi, apabila Kumpulan Houthi menyasarkan kemudahan tenaga dan penerbangan termasuk lapangan terbang.
© New Straits Times Press (M) Bhd




