Perisik dan munafik perosak negara dan agama

Perisik dan munafik perosak negara dan agama

“MAKLUMAT merupakan ibu segala peperangan, dengan maklumat kita boleh memenangi seribu peperangan.” Art of War, Tsun Zue

Advertisement

Lai Teck sebagai watak penting dalam memahami sejarah perisikan Tanah Melayu.

Pelbagai sumber mengakui kecekapan Lai Teck sebagai double agent bahkan triple agent bagi pihak British, Komunis dan Jepun.

Watak yang pelbagai termasuk cekap, fasih banyak bahasa, tubuh yang tegap, kelakar menjadikan dia mudah serasi.

Lai Teck menjadi bukti tepat bahawa perisik atau zaman Kesultanan Melaka disebut penyuluh orang yang berjawatan tinggi dan berada di posisi penting.

Dalam realiti hari ini, boleh jadi watak seperti Lai Teck masih wujud dan berkembang. Direkodkan, zaman Jepun mahu menyerang Tanah Melayu, profesion perisik adalah dalam kalangan juru gambar dan doktor. Sekarang ? 

Walaupun hari ini pertempurannya adalah ideologi melalui parti politik, perlu diakui kelebihan akan memihak kepada mereka yang memiliki makluman yang tepat. Dan sudah tentu ia amat bergantung pada ejen risikan yang berkaliber. 

Aktiviti perisikan sangat penting untuk mendapatkan maklumat bagi menjaga keselamatan negara, dalam masa yang sama ia juga demi mengalahkan pihak lain. Maka, tidak pelik kebiasaan sesebuah negara mengenakan hukuman bunuh bagi sesiapa sahaja yang membocorkan rahsia. 

Padanlah topik munafik amat besar dalam Islam. Ia bukan sekadar meroboh negara, bahkan merosak agama:

{ ۞ وَإِذَا رَأَیۡتَهُمۡ تُعۡجِبُكَ أَجۡسَامُهُمۡۖ وَإِن یَقُولُوا۟ تَسۡمَعۡ لِقَوۡلِهِمۡۖ كَأَنَّهُمۡ خُشُبࣱ مُّسَنَّدَةࣱۖ یَحۡسَبُونَ كُلَّ صَیۡحَةٍ عَلَیۡهِمۡۚ هُمُ ٱلۡعَدُوُّ فَٱحۡذَرۡهُمۡۚ قَـٰتَلَهُمُ ٱللَّهُۖ أَنَّىٰ یُؤۡفَكُونَ }

[Al-Munafiqun: 4]

Karya Dr. Azharudin Mohamed Dali begitu bermakna untuk dibelek. 

USTAZ MOHD ADLAN MOKHTARUDDIN
Penolong Rektor II (Hal Ehwal Pelajar)
Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) – HARAKAHDAILY 20/10/2022