Perkembangan mutakhir Dunia Islam (8 Mei 2025)

Perkembangan mutakhir Dunia Islam (8 Mei 2025)


– Advertisement –

SERANGAN udara tentera penjajah rejim Zionis Israel ke atas Semenanjung Gaza telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 61 orang warga Palestin terkorban, menyasarkan orang awam di tempat yang sesak di samping sekatan kemasukan bantuan kemanusiaan menyebabkan kekurangan makanan yang meruncing mengakibatkan kadar kebuluran yang amat kronik. [1]

Pakistan berikrar untuk bertindakbalas selepas India melancarkan ‘Operasi Sindoor’ yang menyasarkan wilayah Pakistan mengakibatkan sekurang-kurangnya 26 orang terkorban. [2]

Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dengan 43 orang lagi dilaporkan cedera selepas Pakistan bertindakbalas menyerang wilayah India setelah india melancarkan ‘Operasi Sindoor’ ke atas wilayah Pakistan. [3]

Ansarullah menyatakan bahawa gencatan senjata antara Amerika Syarikat dan Yaman tidak membabitkan negara haram Israel. [4]

– Advertisement –

Ansarulllah: Pelabuhan Eilat dan Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion akan kekal ditutup, menunggu serangan kami. [5]

Amerika Syarikat dan regim penjajah Zionis Israel mengadakan perbincangan kemungkinan Amerika Syarikat akan mengetuai pentadbiran sementara di Semenanjung Gaza selepas perang. [6]

UAE menjadi pengantara rundingan sulit antara Syria dan negara haram Israel. [7]

Rejim penjajah Zionis Israel merancang untuk menjajah dan meratakan seluruh Semenanjung Gaza jika tiada perjanjian dipersetujui ketika lawatan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ke Timur Tengah yang dijangka berlangsung pada minggu hadapan. [8]

Rejim penjajah Zionis Israel telah melancarkan rancangan baharu untuk Semenanjung Gaza yang boleh mendorong pembersihan etnik dan ‘pembunuhan beramai-ramai’. [9]

“Bebaskan Masjid Al-Aqsa, Merdekakan Palestin”

DR. MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar PAS Pusat
ADUN Batu Buruk – HARAKAHDAILY 8/5/2025

[1] https://www.aljazeera.com/news/2025/5/7/israeli-attacks-kill-at-least-16-as-gaza-blockade-accelerates-starvation
[2] https://www.reuters.com/world/india-strikes-pakistan-with-missiles-pakistan-says-it-will-retaliate-2025-05-06/
[3] https://www.indiatoday.in/india/story/operation-sindoor-civilians-killed-jk-loc-border-pakistan-war-firing-2720692-2025-05-07
[4] https://www.middleeastmonitor.com/20250507-us-houthi-ceasefire-deal-does-not-include-israel-says-houthi-spokesperson/
[5] https://www.middleeastmonitor.com/20250507-houthis-eilat-and-israel-airport-will-remain-closed-await-our-strikes/
[6] https://www.reuters.com/world/middle-east/us-israel-discuss-possible-us-led-administration-gaza-sources-say-2025-05-07/
[7] https://www.reuters.com/world/middle-east/uae-mediating-secret-talks-between-israel-syria-sources-say-2025-05-07/
[8] https://www.axios.com/2025/05/05/israel-gaza-destroy-trump-deal
[9] https://www.aljazeera.com/news/2025/5/7/how-israels-plan-for-gaza-could-turbocharge-ethnic-cleansing

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

– Advertisement –



Scroll to Top