Hantaran terbaru yang dimuat naik penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan telah mengundang perhatian sekumpulan lelaki ‘miang’.
Menerusi satu video di Facebook, Elizabeth dilihat membuat ucapan sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-67.
Saya sayang negara saya, Happy Merdeka.
Kalau korang tengok video itu, pelakon itu memakai baju bangsa Cina iaitu Cheongsam moden berwarna merah.
Walau bagaimanapun, di ruangan komen terdapat segelintir lelaki yang meninggalkan komen nakal dan berbaur lucah. Amboi-amboi! Gatal betul ya..
Menurut laporan Oh Bulan pula, mereka mendapati ada antara yang meninggalkan komen itu berstatus suami orang. Ini kalau bini dia tahu..




