Perkukuh peluang kontraktor bumiputera G1-G4

Perkukuh peluang kontraktor bumiputera G1-G4

KUALA LUMPUR: Peluang kontraktor Bumiputera G1-G4 melalui peningkatan nilai perolehan khusus kepada RM7.5 bilion berbanding RM4 billion pada 2026 dapat diperkukuhkan menerusi Belanjawan 2027.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pihak kementerian akan terus melaksanakan program yang sudah dimulakan pada tahun lalu selepas menyaksikan peningkatan lonjakan 1.78 peratus berbanding belanjawan sebelum ini.

“Peruntukan bagi kerja-kerja kecil yang dilaksanakan melalui Jurutera Daerah iaitu sebanyak RM40 juta juga secara tidak langsung dapat memperkasakan kecakapan dan keberkesanan bagi menangani masalah di peringkat di daerah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, hampir RM800 juta peruntukan bagi kerja penyelenggaraan Jalan Persekutuan termasuk RM350 juta untuk kontraktor di Sabah dan Sarawak,” katanya ketika sidang akhbar selepas pembentangan Belanjawan 2027, di pekarangan lobi Parlimen, hari ini.

Mengulas peruntukan di Sabah dan Sarawak, beliau berkata, lonjakan sebanyak 300 peratus pada Belanjawan 2026 secara tidak langsung dapat membantu menyelesaikan hampir semua kerja dilakukan.

“Tahun lalu, Sabah dan Sarawak masing-masing mendapat peruntukan sebanyak RM200 juta, jadi banyak kerja sudah hampir diselesaikan.

“Walaupun tahun ini agak berkurangan peruntukannya, tetapi selepas mengambil kira semua kerja sudah hampir diselesaikan, kita tengoklah jika ada keperluan lain nanti,” katanya. – UTUSAN

Scroll to Top