Perlawanan Akhir UCL Yang Paling Diingati Dalam Sejarah Bola Sepak

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp
Bola sepak Malaysia

Sukan: Kebangkitan Istanbul, Miracle of Istanbul atau Keajaiban Istanbul serta apa sahaja nama diberikan kepada perlawanan ini sememangnya akan menjadi perkara pertama muncul diingatan apabila bercerita tentang Liverpool dan Liga Juara-juara.
Pada 25 Mei 2005, Liverpool telah melakukan kebangkitan luar biasa yang dipanggil Kebangkitan Istanbul. Salah satu kebangkitan terhebat dalam sejarah bola sepak, hanya benci, dendam, hasad dengki dan cemburu yang akan menafikan persitiwa hebat ini.
Genap 14 tahun, Maldini dan Crespo meletakkan AC Milan selesa 3 gol dihadapan sebelum Liverpool bangkit mengikat melalui gol Gerrard, Smicer dan Alonso. Perlawanan terikat ke penentuan penalti dan akhirnya segala menjadi sejarah yang menjadi sebutan sehingga saat ko baca ayat ini.

Bukan mahu mengungkit cerita sejarah tetapi perlawanan ini harus diceritakan kembali sebagai sumber inspirasi dan ibrah(pengajaran) yang memaparkan semangat tidak putus asa serta tidak mengenal erti mengaku kalah.
Ini satu kisah epik lagi hebat dalam bola sepak yang semua harus tahu dan nikmati dan bukan berbangga serta melaungkan kehebatan bahawa berada di tempat kedua dengan 97 mata adalah sesuatu yang agung.
Malam Istanbul. Satu malam istimewa buat penyokong fanatik Liverpool. Comeback paling teragung pernah terjadi dalam sejarah ketamadunan bola sepak dunia. Di sebalik comeback yang telah berlaku, ada satu susuk tubuh manusia yang menyebabkan semua itu terjadi iatu;

Kapten yang berciri dan berjiwa Liverpool. Sayang dan kasihnya terhadap Liverpool melebihi cinta agung Shah Jihan kepada isterinya. Pada malam Istanbul itu, Steven Gerrard memulakan segalanya. Beliau mengemudi jentera tengah Liverpool serta sentiasa memaksa rakan-rakan seperjuangan agar jangan terus tunduk kepada musuh final iatu AC Milan.
Pada masa separuh pertama, pasukan Liverpool telah dibedil secukup rasa oleh pasukan AC Milan. 3 berbalas 0. Rata-rata peminat bola sepak pada masa itu telah menganggap Liverpool telah habis. Kejuaraan Piala Liga Juara-Juara Eropah pasti akan dimiliki oleh AC Milan.

Penyokong Manchester United pada malam tersebut tersenyum nipis dan sinis melihatkan keputusan tersebut. Malah ada penyokong United pada malam tersebut telah sengaja menghantar sistem pesanan mesej (SMS) kepada rakan-rakan penyokong Liverpool.
Walaupun pada masa itu, caj yang dikenakan adalah sebanyak 20 sen untuk satu mesej. Penyokong United rela menghabiskan kredit mereka untuk menghantar mesej kepada rakan-rakan penyokong Liverpool.
Tujuannya hanya satu iatu untuk mengejek. Namun sebaliknya berlaku. Bermulanya pada separuh masa kedua, Gerrard dan rakan-rakannya memulakan aksi yang boleh dianggap mustahil. Penyokong United yang pada mulanya rakus mengejek tadi telah perlahan-lahan bertukar menjadi perabot kayu jati.

Pada minit ke 54, Gerrard melakukan apa sepatutnya seorang manusia yang memakai lilitan kapten buat iatu menjaringkan gol semangat. Bukannya sekadar hanya membetulkan rambut dan membuat muka hensem. Gol tersebut mencetuskan api semangat rakan-rakannya yang lain.
Dua minit berselang. Smicer menjaringkan gol padu pada minit ke 56 dan menjadikan kedudukan kepada 2-3. Kini pemain Liverpool yakin bahawa mereka boleh melakukan comeback terhebat. Dan keajaiban yang ditunggu telah tiba, pada minit ke 60 Gatusso yang bermuka bengis telah menjatuhkan seorang pemain Liverpool di dalam kotak penalti AC Milan. Siapakah dia?

Ya. Kapten fantastik Liverpool iatu Steven Gerrard. Alonso memgambil tugasan penalti tersebut namun sepakan tersebut berjaya ditepis oleh Dida dan menyebabkan bola itu muntah kembali kepada Alonso.
Alonso dengan tenang menjaringkan gol dan menjadikan kedudukan semasa kepada 3-3.
Selebihnya, semua orang yang tahu mengenai permainan bola sepak ini. Tahu akan kisah menakjubkan ini.

Malay News
Sports Desk