Perlu bersatu! Hadi Awang seru umat Islam pertahan kedaulatan politik Islam

Perlu bersatu! Hadi Awang seru umat Islam pertahan kedaulatan politik Islam

Kemenangan Islam hanya dapat dicapai apabila agama itu berdaulat dan memiliki kuasa politik untuk mentadbir sesebuah negara, kata Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Menerusi kenyataan sempena sambutan Maal Hijrah bertajuk Hijrah Kemenangan Islam Berdaulat (Berkuasa Politik), beliau menegaskan Islam sebagai al-din yang sempurna merangkumi urusan agama dan dunia, sekali gus tidak boleh dipisahkan daripada pentadbiran negara.

“Perjuangan hijrah yang dibawa Rasulullah SAW bukan sekadar perpindahan tempat, tetapi usaha menegakkan sebuah negara Islam yang berteraskan keadilan, kebajikan, undang-undang serta petunjuk wahyu.
“Islam mewajibkan pelaksanaan ajarannya secara menyeluruh termasuk dalam aspek pemerintahan, politik dan kemasyarakatan,” katanya.

Perlu bersatu! Hadi Awang seru umat Islam pertahan kedaulatan politik Islam

Beliau turut menyatakan model negara Madinah yang diasaskan Rasulullah SAW menjadi contoh perpaduan antara golongan Muhajirin dan Ansar, selain membuktikan masyarakat pelbagai kaum dan agama mampu hidup bersama di bawah pemerintahan yang adil.

Dalam kenyataan sama, beliau turut menyentuh perkembangan geopolitik dunia Islam dengan merujuk kebangkitan semula gerakan Islam termasuk di Iran dan Palestine.

Katanya, usaha memecahbelahkan umat Islam melalui sentimen mazhab dan perkauman terus digunakan oleh musuh Islam bagi melemahkan kebangkitan umat.

Beliau turut menyifatkan gabungan kuasa Barat, Zionis dan sekutunya yang menentang negara serta gerakan Islam sebagai mengulangi pendekatan pakatan Ahzab pada zaman Rasulullah SAW.

“Musuh Islam akan terus berusaha menentang kebangkitan umat, namun sejarah membuktikan pakatan tersebut akhirnya gagal,” katanya.

Artikel lain: BERSATU rakus kerusi, Hadi Awang dedah PAS ‘diperbodohkan’ dalam kerjasama politik

Sehubungan itu, Abdul Hadi menyeru umat Islam agar memperkukuhkan perpaduan, meningkatkan kefahaman agama serta meneruskan perjuangan menegakkan Islam dalam semua aspek kehidupan termasuk pemerintahan negara.

Scroll to Top