Perlu lalui ujian ‘kejantanan’, Fadlan Hazim kena jalan atas paku & minum susu kuda

Perlu lalui ujian ‘kejantanan’, Fadlan Hazim kena jalan atas paku & minum susu kuda

Pelakon Fadlan Hazim mendedahkan dia sudah mengikat tali pertunangan bersama seorang wanita dari Kazakhstan yang bernama Aiya Mukhamedsalova pada 1 Oktober lalu.

Menurut laporan mStar, aktor yang berusia 31 tahun itu memaklumkan dia sudah bertunang dengan wanita pilihannya itu di negara tersebut secara seorang diri sahaja.

“Saya ke sana bulan Oktober tahun lalu dan berjumpa keluarga dia. Pertunangan dilakukan di hadapan keluarga dia dan di pihak saya hanya saya seorang sahaja.
“Bukanlah bermaksud nak sorokkan pertunangan, cuma saya tidak mahu terlalu berkongsi. Takut tak jadi nanti saya yang kena jawab,” katanya.

Apa yang lebih mengejutkan, Fadlan terpaksa melalui beberapa ujian untuk menguji ‘kelelakiannya’ dimana ia merupakan budaya bagi masyarakat disana sebelum mendirikan rumah tangga.

Ujarnya, dia hanya mengikut apa sahaja yang telah diminta oleh keluarga tunangnya tanpa mengetahui perkara tersebut lebih awal.

“Saya pun tak tahu kena lalu ujian tersebut. Tunang pun tidak beritahu akan hal itu. Cuba dia minta lakukan sahaja apa yang disuruh.
“Antara yang perlu saya lakukan adalah berjalan atas paku, menunggang kuda dan minum susu kuda.
“Saya juga dibawa mendaki gunung dalam keadaan suhu yang amat sejuk. Bayangkan saya perlu mendaki gunung tanpa memakai baju tebal,” jelasnya lagi.

Bagaimanapun, dia dapat melaksanakan segala cabaran tersebut dengan terbuka hati dan bersyukur dapat mengenali lebih mendalam mengenai budaya asing yang akan menjadi sebahagian dalam kehidupannya.

Dalam pada itu, Fadlan memaklumkan tarikh perkahwinan masih dalam perbincangan dan sedang menguruskan beberapa dokumen memandangkan dia berkahwin dengan orang luar negara.

“Belum ada tarikh yang pasti lagi. Sekarang ini tengah menguruskan dokumen sebab berkahwin dengan orang luar negara.
“Bagi saya dah sampai masa untuk berkahwin. Semua kawan-kawan sudah beristeri dan usia saya pun semakin meningkat,” ujarnya.

Sumber: mStar (Farol Hadi)