
Supachai Chaided meraikan jaringan di Qatar 2023. Foto Agensi
THAILAND memulakan kempen Piala Asia Qatar 2023 langkah kanan dengan laungan awal apabila menewaskan Kyrgyzstan 2-0 dalam perlawanan Kumpulan F di Stadium Abdullah Bin Khalifa pada Selasa.
Gajah Perang yang tampil gemilang pada edisi Emiriah Arab Bersatu (UAE) 2019 sebelum disekat China, 2-1 dalam pusingan 16 bermula garang berdepan The White Falcons.
Penyerang Buriram United, Supachai Chaided, 25, terlebih dulu meletakkan Gajah Perang di depan pada minit ke-26 bagi memimpin separuh masa pertama perlawanan.
Kyrgyzstan yang juga kemaraan tersekat di pusingan 16 UAE 2019 selepas tewas 2-3 kepada tuan rumah selepas menduduki tempat ketiga terbaik Kumpulan C berusaha kembali dalam perlawanan pada separuh masa kedua.
