Jodoh, ajal dan rezeki sememangnya rahsia Allah S.W.T. Tiada siapa yang dapat menduga apa yang terjadi pada masa hadapan.
Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @firdaus_rubae_dre apabila berkongsi momen tidak disangka-sangka bersama isteri.
Menurut pengguna TikTok berkenaan, dia memaklumkan bertemu dengan isteri kali pertama ketika menjadi jurumekap atau MUA ketika wanita itu bernikah dengan suaminya yang terdahulu.
@firdaus_rubae_dre Reply to @wana_damaireka
♬ original sound – Muhamad Firdaus dre – Muhamad Firdaus dre
Namun, jodoh dan ketentuan tidak siapa yang tahu kerana rumah tangga dengan suami terdahulu cuma bertahan setahun sahaja.

Selepas itu, dia bertemu jodoh dengan @firdaus_rubae_dre yang juga jurumekap yang mendandannya ketika majlis perkahwinan dulu.
Kini, mereka sudahpun melayari bahtera perkahwinan selama tujuh tahun serta telah pun dikurniakan beberapa orang anak.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mendoakan agar hubungan perkahwinan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.
Mereka juga berasa teruja apabila mengetahui kisah pengguna TikTok itu yang bertemu jodoh dengan individu yang pernah dijumpai satu masa lalu.



Sumber: TikTok @firdaus_rubae_dre




