Pada bulan Mei yang lalu, pengasas kosmetik terkemuka Fenny Frans dari Kota Makassar, Indonesia telah mendedahkan tentang suaminya, Atox Daeng Sila yang berlaku curang bersama bibik mereka sendiri.
Lelaki itu telah melakukan hubungan intim bersama bibiknya, Mamli ketika Fenny sedang sibuk bekerja.
Difahamkan, selepas kejadian Atox Deng Sila, sudah tidak lagi berjumpa dengan anak-anaknya.
Tetapi baru-baru ini, menerusi hantaran di TikTok @fennyfransff_, dia telah berkongsi satu video sewaktu suaminya datang melawat anak-anak mereka yang kini sedang berada di hospital kerana masalah kesihatan.
Walaupun masih terkilan dengan apa yang dilakukan oleh suaminya itu, tetapi Fenny memilih untuk membuang egonya dan memberi keizinan kepada si ayah untuk bertemu anak-anaknya.
Menerusi kapsyen di video, Fenny juga mendoakan supaya dirinya mendapat kesabaran yang luas demi anak-anak.
Semoga Allah memperluas sabarku untuk mereka anak-anak.
Atox Daeng Sila yang gembira dengan perkara itu, tidak dapat menahan air mata ketika dapat memeluk anak-anak setelah sekian lama.
Berkaitan dengan hubungan mereka, terdahulu Fenny berkata dia pernah menfailkan penceraian, tetapi sampai kini hubungan mereka masih menjadi tanda tanya.

Difahamkan, ini merupakan kejadian kali kedua Atox berlaku curang. Sebelum ini Fenny juga pernah diduakan, namun dia tetap memaafkan Atox.

