Mahkamah Agama Jakarta Selatan membuat keputusan muktamad bahawa perkahwinan selebriti terkenal, Rizky Febian dan Mahalini Raharja yang berlangsung pada 10 Mei 2024 tidak sah di sisi undang-undang.
Keputusan itu dibuat selepas majlis hakim mendapati salah satu rukun nikah tidak dipenuhi. Humas Pengadilan Agama Jakarta Selatan iaitu H. Suryana menjelaskan bahawa isu utamanya adalah melibatkan status wali nikah.
Dari hasil pemeriksaan, majlis hakim mengambil keputusan bahawa salah satu rukun nikah tidak terpenuhi. Salah satunya adalah wali yang menikahkan mereka bukan wali yang berhak.
Wali nikah Rizky Febian dan Mahalini tidak mengikut peraturan

Menurut laporan HibGlam, wali nikah yang menikahkan pasangan ini ialah seorang ustaz. Namun, pelantikan individu tersebut sebagai wali hakim bertentangan dengan peraturan yang telah ditetapkan.
Setelah dia (Mahalini) mualaf kemudian bernikah, secara automatik memang orang tua pengantin perempuan juga bukan Muslim, di situ bererti walinya bukan orang tuanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa wali hakim yang sah hanya boleh dilantik berdasarkan peraturan Menteri Agama Nombor 30 Tahun 2005. Dalam kes ini, ustaz yang menikahkan mereka tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan.
Kriteria wali nikah menurut undang-undang

Berdasarkan Undang-Undang Perkawinan di Indonesia, terdapat dua jenis wali nikah:
Wali Nasab – Wali yang memiliki hubungan darah dengan pengantin perempuan.
Wali Hakim – Digunakan dalam situasi tertentu, seperti apabila wali nasab tidak diketahui keberadaannya atau tidak layak menjadi wali.

Proses pelantikan wali hakim untuk pernikahan Rizky dan Mahalini didapati tidak sah kerana tidak mengikuti prosedur undang-undang yang ditetapkan.
#OhmediaNasihat
Kes ini mengingatkan kita tentang pentingnya memahami syarat-syarat perkahwinan, terutama berkaitan dengan rukun nikah. Dalam agama Islam, pematuhan kepada rukun dan syarat pernikahan sangat penting untuk memastikan perkahwinan sah di sisi agama dan undang-undang.
Jadi, sebelum melangkah ke alam perkahwinan, pastikan semua aspek, termasuk wali nikah, memenuhi peraturan yang telah ditetapkan. Jangan ambil mudah hal-hal seperti ini kerana ia boleh memberi kesan besar pada masa depan.





