Persis ‘Bedak Batu Nyonya Senget’, penampilan Wani Kayrie jadi bualan

Persis ‘Bedak Batu Nyonya Senget’, penampilan Wani Kayrie jadi bualan

Siapa sangka, penyanyi Bella Astillah dan Wani Kayrie sebenarnya sepupu apabila mereka berdua muncul dalam program terbaharu terbitan TV3, Famili Duo.

Pun begitu, penampilan Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah dalam program berkenaan baru-baru ini menjadi bualan ramai terutama di kalangan warga Twitter.

Menerusi ciapan dimuat naik pengguna dikenali @MRAZZID1, dia menyatakan pandangan dengan mengatakan solekan dan gaya rambut penyanyi berusia 22 tahun itu persis wanita dalam kulit wajah produk ‘Bedak Batu Nyonya Senget’.

“Aku rasa Wani Kayrie punya look malam ni comel macam Bedak Batu Nyonya Senget kan #FamiliDuo @FamiliDuoTV3”, ciapnya.

Ciapan itu mendapat perhatian penyanyi kelahiran Sandakan Sabah itu sendiri di mana dia memuat naik tangkap layar dan berkongsi di laman Instagram miliknya.

“Bincangkan…
“Kuasa mekap dan tatarias rambut oleh @jibsalimthemakeupartist”tulisnya.

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai termasuk rakan-rakan artis apabila mereka turut sama geli hati dengan ciapan berkenaan menyamakan Wani bersama pengasas produk bedak yang menjadi pilihan orang ‘dulu-dulu’.

Selain itu, ada juga mengatakan bedak berkenaan adalah kegemaran nenek dan ibu mereka sewaktu masih kecil.

Tidak kurang juga mereka berseloroh dengan mengatakan pelatun lagu berjudul Jangan Jangan itu boleh mengeluarkan produk sendiri seperti bedak memandangkan dia mempunyai rupa untuk dikomersialkan.

Sumber: Twitter @MRAZZID1, Instagram @wanikayrie

 

Scroll to Top