Pesanan Ratcliffe kepada penyokong Manchester United

Pesanan Ratcliffe kepada penyokong Manchester United

SIR Jim Ratcliffe meminta penyokong Manchester United untuk mengekalkan tahap kesabaran ketika The Red Devils meniti laluan kembali ke era kegemilangan di Old Trafford.

Ia selepas jutawan British itu mengikat perjanjian mengambil alih kepentingan minoriti dalam kelab Liga Perdana Inggeris tersebut.

Ratcliffe mengambil 25 peratus saham di United, berjanji untuk melabur $300 juta pound di kelab itu bagi menghidupkan semula aura gergasi liga Inggeris dari England.

United tidak memenangi liga sejak 2013, namun kehadiran Ratcliffe dijangka mengubah keadaan apabila diberikan tanggungjawab mengetuai bahagian operasi kelab mengakui penyelesaian kepada masalah tidak boleh diselesaikan sekelip mata.

“Saya percaya kami boleh membawa kejayaan sukan di atas padang untuk melengkapkan kejayaan komersial yang tidak diragukan lagi yang telah dinikmati oleh kelab bola sepak Manchester United.

Scroll to Top